Thursday 26 April 2012

Aznil Diangkat Sebagai Ketua Personaliti TV Astro



Mendengarkan nama selebriti terkenal, Aznil Hj. Nawawi sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air kita.
Dirinya sentiasa disanjung tinggi dek kerana bakatnya yang luar biasa dalam menonjolkan diri sebagai artis tidak kiralah sebagai pelakon, pengacara mahu pun sebagai seorang penyanyi.
Kesanggupan dan keihklasannya dalam menaburkan jasa dan bakti kepada dunia seni membuatkan dirinya sentiasa disegani tidak kira di mata penggiat-penggiat dunia seni yang veteran juga yang masih lagi menapak naik.
Oleh kerana prestasi kecemerlangannya selama 22 tahun, Aznil secara rasminya telah dilantik menjadi Ketua Personaliti TV Astro oleh pihak Astro.
Dengan tugas baru yang diamanahkan, Aznil akan memberikan tunjuk ajar dan didikan kepada bakat-bakat baru yang ingin bergelar sebagai personaliti TV yang berjaya dan hebat.
Amanah yang dijalankan oleh Aznil juga bakal menyaksikan dia akan mendidik bakat-bakat baru yang dicungkil dalam program realiti On Air anjuran Astro.
“Selain daripada bakat bakat baru yang kita lihat hari ini, saya juga akan bertanggungjawab membentuk dan mengajar wajah eksklusif Astro seperti Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak dan yang lain,” kata Aznil.
Menyingkap sejarah pembabitan dirinya dalam dunia hiburan, Aznil memulakan kerjayanya pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dalam stesen TV3.
Semenjak dari itu, Aznil mula berjuang meluaskan kejayaanya sebagai selebriti sehingga berjaya merangkul pelbagai anugerah sehingga kini.

No comments:

Post a Comment